CARA PENGEPOSAN
MACAM MANA NAK POS BARANG GUNA POS LAJU ?
Hai uolls kali ini admin nak share cara-cara nak pos barang guna pos laju. Dulu admin sangat-sangat tak tahu bab post-post ni.. tak bertanya sesat jalan haha betul tak ?? hehe sekarang mudah. google je !
LANGKAH PERTAMA
Barang yang nak dipos dibalut terlebih dahulu dengan bubble wrap, plastik dan yang sesuai.
LANGKAH KEDUA
Pergi ke pejabat poslaju.Isi consigment note pulak. Ini contoh ye. Yang purple untuk PRABAYAR. Yang Oren tu Pos biasa (timbang).
LANGKAH KETIGA
Isi borang tersebut. PENGIRIM adalah pihak kami. PENERIMA adalah anda customer. Nama , alamat dan no hp. 3benda ni wajib diisi. Dah isi borang then pegi timbang n bayar. SETTLE
Untuk Prabayar tak perlu bayar dah. Just drop kat kaunter.
PLASTIK TIMBANG
Plastik ni kena beli kat poslaju. 10 keping rm2 je kot utk saiz S. 50keping pun ada. Lain saiz lain harga ye. Ada saiz S, M, L, XL. Perlu bayar selepas timbang.
PLASTIK PRABAYAR UNTUK POS SEMENANJUNG SAHAJA
Plastik ni hanya bayar sekali je.. Masa beli. Pastu masukkan barang dalam plastik atau kotak yang muat. Then serahkan tanpa ada apa-apa bayaran tambahan lagi.
PLASTIK PRABAYAR UNTUK SABAH SARAWAK
Barang dimasukkan ke dalam plastik atau kotak yang bersesuaian, kemudian serahkan kat kaunter. SETTLE.
POS DOMESTIK
Untuk barang berat dan besar, bungkus pakai plastik sampah hitam atau kotak yang muat. Pastu soletape setiap sisi. Nak bagi cantik balut la pakai kertas minyak. pembalut hadiah pun boleh.
Ini contoh kotak yang tak pakai. Masukkan dalam tu. Nak kemas balut pakai kertas minyak diluar kotak.
-POSLAJU ambil masa 1-3hari waktu bekerja.
-POS DOMESTIK ambil masa 5-7hari waktu bekerja. (sesuai untuk barang besar dan berat kerana lebih murah)
POS DOMESTIK NI DALAM RM7. Kalau pakai poslaju mau puluh-puluh RM.
Okey, dah packing,dan dah siap tulis alamat sume kan. So boleh la pos barang korang
No comments:
Post a Comment